Rabu, 26 Maret 2008


Tiba-tiba saja kapal TIMSAR itu lenyap tanpa sebarang jejak sedikit pun ditinggalkan.Skuadron kapal terbang ke 19 terdiri 5 buah kapal terbang perang yang membawa 14 orang anak juruterbang pun telah lenyap hilang begitu saja.Salah seorang juruterbang yang pada ketika itu berada tidak jauh dengan tempat kejadian memberitahu bahawa dia juga sempat menerima berita pelik itu dari radio kapal terbangnya iaitu hubungan antara Leftenan Charles Tylor dengan pengkalan Port Lornderdile. Berita yang diterimanya berbunyi seperti ini: "Di sini Leftenan Charles Tylor....Komandan Skuadron ke 19.Boleh dengar? Tolong jawab! ....Sekarang saya tahu di mana saya berada. ..akhirnya saya tahu di mana kedudukan saya! Saya berada di ketinggian tidak kurang dari 2.30 kaki. Tetapi ada sesuatu yang ganjil. Tidak, apa yang saya lihat amat susah hendak di percayai! Boleh dengar? Minta Dalam satu panggilan lain, suara Charles Tylor menyatakan"SuDari kata-kata panggilan Leftenan itu disimpulkan bahawa ketika Leftenan Charles Tylor mula memasuki kawasan maut Segitiga Bermuda itu, secara mendadak dia tidak dapat melihat daratan. Padahal udara dan cuaca baik, setiap juruterbang yang berada di ketinggian 5,000 kaki pun masih boleh melihat daratan. Keadaan ganjil yang lain, semua arah kompas jadi tidak menentu, seolah-olah dikawal oleh sesuatu yang tidak nampak, kemudian muncul suatu pemandangan aneh iaitu satu kawasan yang sama sekali dia tidak ketahui sebelumnya. Sehinggakan Leftenan Charles Tylor menyangka mereka telah tersesat. Kejadian selanjutnya, muncul makhluk-makhluk yang berbeza bentuk dengan manusia, sehinggakan Leftenan Charles Tylor mengagak mereka adakan pendatang dari luar angkasa dan semuanya sudah terlambat.....telah berakhir.Dalam tahun 1949 sebuah kapal layar Belanda bernama HERMINEA juga telah dijumpai dalam keadaan dilanda oleh ombak besar kerana layarnya sudah tiada, apabila diperiksa oleh pengawal pantai, didapati tidak ada seorang pun di dalam kapal tersebut. Seolah-olah semua penumpang telah meninggalkan kapal tersebut. Bertambah pelik lagi, kapal tersebut mempunyai pelampung dalam sebuah peti dan juga barang-barang lain yang tersimpan dengan rapi.Dalam tahun 1921 dalam bulan Januari sebuah kapal bernama Carol Darling yang mendekati pantai Caroline Utara, didapati tidak ada seorang pun di dalamnya, kecuali dua ekor kucing. Sementara 12 orang anak kapalnya hilang lenyap tanpa dapat dijejaki. Tetapi pelampung keselamatannya telah tiada. Seolah-olah menunjukkan anak-anak kapal itu telah meninggalkan kapal itu begitu saja. Seluruh enjin dan mesin kapal itu masih berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Yang sangat menarik dalam peristiwa ini ialah di kapal itu terdapat meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum diangkat. Nampak seperti sesuatu telah terjadi dengan tiba-tiba ketika mereka sedang makan. Dalam tahun 1972, seorang nelayan bernama Hary Selatzeky telah hilang di kawasan ini.Pada 23hb. Mach 1973, sebuah kapal besar bernama ANITA milik Kerajaan Amerika Syarikat yang bermuatan 20,000 tan telah hilang ghaib di kawasan ini.Mungkinkah peristiwa-peristiwa ini disebabkan oleh sistem navigasi yang disebabkan oleh kuasa atau tenaga kristal matahari yang dahuiunya dikatakan kepunyaan bangsa Atlantis?Jika benar kuasa tenaga kristal matah ari itu betul-betul ada, ia memang dapat mengganggu petunjuk kompas kapal terbang atau pun kapal dan dapat mewujudkan satu ilusi pemandangan di udara tetapi tidak mungkin tenaga kristal matahari itu dapat melengapkan kapal berserta anak-anak kapal untuk selama-lamanya.Atau mungkinkah peristiwa tersebut diakibatkan oleh suatu sedut Betul kah kawasan itu kawasan kampung halaman Jin. Mereka tidak suka tempatnya diganggu!!!intimagnet alam yang menyebabkan kapal terbang atau kapal tersebut berpindahke suatu tempat dan waktu yang berbeza? Yang peliknya tidak semua peristiwa kapal atau kapal terbang lenyap bersama-sama orangnya Kadang-kadang hanya penumpangnya saja hilang, sedangkan kapal ditemui semula dalam keadaan yang sempurna terapung-apung di tengah-tengah lautan Atlantik, kadang-kadang manusia disebut dan kapalnya tidak. Tidak pula terjadi, kapalnya saja yang disebut dan orangnya tidak.Para pengkaji di Rusia membuat satu teori iaitu, kawasan Segitiga Bermuda ini merupakan kawasan hantu, iaitu Istana Hantu Siluman.Dalam satu pertemuan dengan Jin Muslim dikatakan Singgsahsana Kerajaan Iblis terbesar terletak di kawasan Segitiga Bermuda itu. Lautan merupakan kawasan yang banyak makhluk-makhluk halus. Kalau begitu, untuk apa iblis berserta anak buahnya dari golongan jin tersebut menangkap anak-anak kapal tersebut?Mengikut kata Jin Muslim, mereka dijadikan korban untuk Iblis atau dijadikan budak-budak iblis. Mungkin penangkapan itu dilakukan kerana iblis menganggap siapa saja yang memasuki kawasan itu bererti telah mengganggu kekuasaannya. Kecuali jika Iblis merestui dan restu Iblis ini boleh diberikan jika mereka yang ingin melalui kawasan tersebut memohon dengan menyembahnya atau mengadakan sejenis upacara sebagai tanda perjanjian.Mengapa pula kapal terbang dan kapal juga dirampasnya? Orang-orang yang hilang ghaib di kawasan itu telah digunakan oleh Jin Syaitan sebagai hamba mereka.. Memang sudah menjadi perangai syaitan dan iblis, suka membuat manusia susah dan keliru. Dikatakan kapal terbang dan kapal yang lenyap itu telah disimpan oleh para iblis di satu tempat yang tertentu di dasar lautan yang tidak pernah disentuh oleh manusia. Kapal-kapal itu ditutup dengan sinar ghaib tertentu atau dikelilingi oleh ribuan syaitan sehingga tidak dapat dilihatoleh mata kasar manusia. Sememangnya iblis mampu mengaburkan mata manusia. Kemampuan jin iblis dan syaitan ini memang bermacam-macam. Kita pernah dengar seseorang yang masuk hutan, kemudian tersesat kerana terjumpa satu kawasan yang cantik dan indah seperti istana ketika di dalam hutan, padahal dia berpusing-pusing berjalan di tempat yang sama saja. Itu juga sebahagian dari kerja Syaitan.Iblis berserta kumpulan sejenisnya seperti Jin, Syaitan dan hantu juga mampu menggerak dan memindahkan benda-benda dan manusia. Misalnya rumah berhantu yang dilihat kerusi dan mejanya bergerak-gerak ke sana kemari. Satu peristiwa di zaman Nabi Sulaiman, di mana Nabi Sulaiman meminta pembanlunya memindahkan kursi singgahsana Ratu Bilqis, ketika itu Jin Afrit mengatakan dia sanggup memindahkannya dengan cepat sebelum sempat Nabi Sulaiman berdiri dari duduknya. Makhluk halus ini juga sanggup mengawal dan mengacau fikiran manusia, mereka sanggup membuat orang jadi gila.Dajjal adalah keturunan orang Yaman, dia hidup di negeri Yaman dan mendapat pendidikan dan bimbingan dari berbagai ulamanya. Ada pula kenyataan menyatakan dia keturunan Samirah. Bagaimana pun Yaman dan Samirah berada di Syam (Syria). Dalam riwayat Shahih Muslim, Tamim ad Dari pernah melihat Dajjal. Dia sendiri melihat tubuh badan Dajjal yang utuh, ia dalam keadaan yang disertai oleh syaitan atau tidak disertai oleh syaitan.Imam ath-Thabrani meriwayatkan bahawa Dajjal bukanlah manusia, melainkan syaitan yang diikat dengan tujuh puluh ikatan berupa lingkaran yang ada dan hidup disebahagian jazirah Yaman. Dalam riwayat Imam Abu Dawud, bahawa Dajjal ini pula dikehali pada zaman Nabi Muhammad dengan nama Ibn Shayyad. Tetapi setelah diteliti segala maklumat dengan cara terperinci didapati bahawa Dajjal yang terdapat dalam keterangan riwayat Tamim ad Dari adalah Dajjal yang sebenarnya, di mana dia terikat dan cacat mata sebelah kanannya , sebagaimana yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Imam Muslim. Sementara Ibn Shayyad itu adalah syaitan yang menampakkan diri sebagai Dajjal pada masa itu sesuai dengan takdir Allah.

Tidak ada komentar:

GOOGLE SERVICE

VIDEO